Akaun TikTok palsu guna AI tiru suara Agong dikesan, orang ramai diminta waspada

25 Feb 2026, 4:40 AM

SHAH ALAM, 25 FEB: Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan terdapat pelbagai akaun video palsu di TikTok yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan memaparkan suara menyerupai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut kenyataan itu, video berkenaan kononnya memaparkan suara Seri Paduka Baginda berkaitan bantuan kewangan sempena Ramadan kepada orang ramai.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh ‘scammers’ untuk tujuan penipuan di platform media sosial,” menurut kenyataan tersebut.

Royal Press Office turut menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Apa reaksi anda?