Raja Muda Selangor santuni 25 anak yatim, PKNS sumbang RM100,000 bina dewan

25 Feb 2026, 5:01 AM

SHAH ALAM, 25 FEB: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri di Rumah Anak Yatim Sekendi, di sini.

Menurut Selangor Royal Office menerusi Facebook, Baginda berkenan menyantuni 25 anak yatim dengan mengurniakan kain pelikat, kain batik serta duit raya bagi menceriakan persiapan mereka menyambut Aidilfitri.

Selain itu, Baginda turut mengurniakan 100 kilogram beras kepada pihak asrama sebagai persediaan menjelang Syawal.

Dalam majlis sama, Tengku Amir Shah berkenan menyaksikan penyerahan cek cura berjumlah RM100,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi pembinaan dewan asrama.

Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM41,000 bagi kerja-kerja penambahbaikan surau di rumah anak yatim berkenaan.