1,300 bubur lambuk diedar percuma di Masjid Negeri setiap hari

19 Feb 2026, 10:52 AM
1,300 bubur lambuk diedar percuma di Masjid Negeri setiap hari
1,300 bubur lambuk diedar percuma di Masjid Negeri setiap hari
1,300 bubur lambuk diedar percuma di Masjid Negeri setiap hari

SHAH ALAM, 19 FEB: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengagihkan bubur lambuk melalui Program Edaran Bubur Lambuk di Dataran Imam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Hadir sama, Mufti Selangor Dato' Setia Dr Anhar Opir dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Dato’ Muhammad Farhan Wijaya.

Program anjuran Badan Kebajikan Islam dan Amal masjid negeri itu mengagihkan 1,300 bekas bubur lambuk secara percuma setiap hari selepas Asar sehingga 25 Ramadan di Dataran Iman, perkarangan masjid.

Amirudin berharap perkongsian melalui pemberian bubur lambuk itu dapat menghidupkan dan meningkatkan keberkahan dalam bulan Ramadan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Perasmian Program Agihan Bubur Lambuk di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 19 Februari 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Bagi pihak Kerajaan Negeri sudah semestinya kita mengalu-alukan penganjuran program ini untuk menghidupkan masjid dan surau serta aktiviti lain ketika Ramadan.

“Kepada orang ramai jika ada sedikit kekangan boleh hadir ke majlis berbuka puasa dianjur pihak masjid sekali gus menikmati hidangan bubur lambuk yang disediakan di sini,” katanya dalam ucapan ringkas.