Singgah Bazar: MB turun ke Felda Sungai Tengi agih 1,000 bubur lambuk

26 Feb 2026, 10:50 AM
Singgah Bazar: MB turun ke Felda Sungai Tengi agih 1,000 bubur lambuk
Singgah Bazar: MB turun ke Felda Sungai Tengi agih 1,000 bubur lambuk
Singgah Bazar: MB turun ke Felda Sungai Tengi agih 1,000 bubur lambuk

HULU SELANGOR, 26 FEB: Dato’ Menteri Besar mengagihkan 1,000 bubur lambuk dan kurma kepada peniaga serta pengunjung sempena program Singgah Bazar dan Agihan Bubur Lambuk di bazar Ramadan Felda Sungai Tengi di sini, hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari yang diiringi EXCO Pengguna Datuk Rizam Ismail turut menyerahkan juadah itu kepada setiap ketua jabatan agensi di daerah Hulu Selangor.

Kehadiran beliau disambut meriah oleh pengunjung dan peniaga yang tidak melepaskan peluang untuk bersalaman serta bergambar swafoto sebagai kenangan.

Dato’ Menteri Besar juga mengambil kesempatan membeli makanan di beberapa gerai sebagai juadah berbuka, selain memberi duit raya kepada kanak-kanak yang berada di bazar itu.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Julaihah Jamaludin, Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad dan Ketua Yayasan Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melakukan gimik penyerahan bubur lambuk kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Julaihah Jamaludin ketika program agihan bubur lambuk Rumpun Selangor di Bazar Ramadan Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 26 Februari 2026. Turut bersama EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Platform Selangor (PLATS) turut membuka kaunter pendaftaran bagi usahawan menyertai program Go Digital Usahawan Selangor di bazar berkenaan.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah portfolio EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna bersempena Ramadan tahun ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak ketika program agihan bubur lambuk Rumpun Selangor dan program singgah bazar di Bazar Ramadan Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor pada 26 Februari 2026. Turut bersama EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Sebanyak 11,000 bubur lambuk akan diagihkan melalui Program Agihan Bubur Lambuk Rumpun Selangor di 11 lokasi seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini.

Sebelum ini, Rizam berkata, program bermula dengan agihan 1,000 bubur lambuk di Bazar Ramadan PKNS pada 20 Februari lepas yang turut disempurnakan Amirudin.

Inisiatif ini dijalankan di setiap daerah sebagai sebahagian daripada program Ihya' Ramadan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama rakyat.