Arab Saudi wajibkan bayaran dam sebelum pengeluaran visa haji 2026

15 Feb 2026, 5:23 AM
Arab Saudi wajibkan bayaran dam sebelum pengeluaran visa haji 2026

SHAH ALAM, 15 FEB: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam perlu dijelaskan lebih awal sebagai prasyarat bagi pengeluaran visa haji musim 1447H/2026M.

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan kadar bayaran dam bagi musim berkenaan ditetapkan sebanyak RM810 bagi seekor kibas.

Bakal jemaah haji yang mengerjakan haji Tamattuk atau Qiran diwajibkan membuat bayaran dam menerusi platform THiJARI atau di mana-mana cawangan TH bermula 1 Ramadan ini.

Bagi jemaah yang belum membuat bayaran, TH akan membekukan jumlah terbabit daripada akaun pendeposit, bermula 1 Syawal sebelum proses pendebitan dilakukan.

“Para dhuyufurrahman dinasihatkan untuk membuat pembayaran pada tarikh yang ditetapkan atau memastikan baki di dalam akaun TH mencukupi sebelum tarikh pembekuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Langkah tersebut penting bagi memastikan proses pengeluaran visa haji berjalan lancar serta mematuhi ketetapan pihak berkuasa Arab Saudi.

Apa reaksi anda?