Ahli Skim Mesra boleh tuntut baucar 2026 mengikut fasa bulan kelahiran

29 Jan 2026, 2:01 AM
Ahli Skim Mesra boleh tuntut baucar 2026 mengikut fasa bulan kelahiran

SHAH ALAM, 29 JAN: Ahli Skim Mesra boleh mula menuntut Baucar Skim Mesra 2026 mengikut fasa bulan kelahiran masing-masing sepanjang tahun ini.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) memaklumkan ahli perlu membuat semakan fasa kelahiran sebelum membuat tuntutan baucar.

Bagi Fasa 1, tuntutan dibuka kepada ahli yang lahir pada Januari, Februari dan Mac, dengan tempoh tuntutan bermula Januari hingga 31 Mac 2026.

Sementara itu, Fasa 2 melibatkan ahli kelahiran April, Mei dan Jun, yang boleh membuat tuntutan bermula 1 April hingga 30 Jun 2026.

Untuk Fasa 3, ahli yang lahir pada Julai, Ogos dan September boleh menuntut baucar bermula 1 Julai hingga 30 September 2026.

Manakala Fasa 4 pula melibatkan ahli kelahiran Oktober, November dan Disember, dengan tempoh tuntutan dibuka dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2026.

Menurut YAWAS, hanya ahli yang berdaftar sebagai pemilih Dewan Undangan Negeri (DUN) layak untuk membuat tuntutan, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Semakan status pendaftaran pemilih boleh dibuat menerusi laman spr.gov.my, manakala maklumat lanjut berkaitan Skim Mesra dan tuntutan baucar boleh diperoleh melalui mesra.yawas.com.my.