Karnival kerjaya bantu 1,618 individu peroleh kerja sepanjang 2025

22 Jan 2026, 12:01 PM

SHAH ALAM, 22 JAN: Seramai 1,618 individu berjaya memperoleh pekerjaan melalui program Karnival Kerjaya Jobcare Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri sepanjang tahun lalu, kata EXCO Sumber Manusia.

V Papparaidu berkata, kejayaan itu membuktikan inisiatif Jobcare terus memberi impak besar kepada rakyat Selangor dalam membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf hidup.

“Ia melibatkan 40 majikan dengan tawaran 6,088 kekosongan jawatan, mencatat 1,308 pendaftaran dan 451 kehadiran.

“Dari segi prestasi temu duga, seramai 211 peserta berjaya melalui temu duga pertama (1st IV), 235 peserta ke temu duga kedua (2nd IV), manakala 73 peserta gagal.

“Bagi temu duga kedua pula, seramai 189 peserta berjaya, menjadikan jumlah keseluruhan 400 pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan menerusi Jobcare Istimewa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurutnya, pihaknya akan terus memperkasa Jobcare pada tahun ini melalui pelaksanaan Program Karnival Kerjaya Jobcare Selangor yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Jelajah Jobcare sembilan daerah, Jobcare Istimewa dan Jobcare Premium.

“Sasaran penyertaan adalah majikan, penawaran peluang pekerjaan serta penglibatan kumpulan sasar termasuk golongan rentan seperti miskin/asnaf, orang kurang upaya (OKU), Orang Asli, warga emas, bekas banduan, wanita/suri rumah kembali bekerja, pekerja kehilangan pekerjaan serta gelandangan,” tambahnya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata Penganjuran Karnival Jelajah Jobcare tahun hadapan bakal ditambah baik termasuk melibatkan bantuan program pensijilan serta pembangunan kemahiran.

Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2026 berkata pihaknya memperuntuk RM1 juta bagi melaksanakan program yang dapat mengatasi isu pengangguran itu.