SHAH ALAM, 20 JAN: Dua lelaki maut selepas lori treler terbabas dan tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) berhampiran Kilang Ceramic Pro, Jalan Chan Sow Lin, malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, lori berkenaan melanggar batu penghadang konkrit, mengakibatkan pemandu dan kelindan meninggal dunia di lokasi, disahkan paramedik Kementerian Kesihatan, lapor Berita Harian.
Pasukan bomba daripada Balai Pudu dikerahkan, dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Lori berkenaan melanggar batu penghadang konkrit yang mengakibatkan dua mangsa lelaki tempatan iaitu pemandu dan kelindan tercampak ke bawah lebuh raya," katanya.
Dalam kejadian sama, seorang lelaki warga Pakistan cedera kaki akibat kecelakaan kren di tapak pembinaan berhampiran dan dihantar ke hospital untuk rawatan.


