Jualan Ehsan Rahmah kembali 19 Januari di enam lokasi terpilih

18 Jan 2026, 10:30 AM

SHAH ALAM, 18 JAN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menjelajah ke beberapa lokasi di seluruh negeri kembali esok di enam lokasi terpilih.

Enam lokasi itu adalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa, DUN Kota Kemuning, DUN Kuang dan DUN Rawang, yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Bagi jualan sesi petang pula yang bermula dari jam 4 petang hingga 7 malam akan diadakan di DUN Seri Serdang dan DUN Seri Setia.

Menerusi Facebook rasmi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), agensi itu turut memaklumkan senarai harga baharu beberapa barangan seperti ikan RM6.50 satu pek, tepung (RM2), bihun (RM2.50) dan telur jenis B sepapan pada harga RM9.

Jadual penuh program jualan barangan asas murah kendalian PKPS bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu juga boleh diakses menerusi pautan berikut https://www.kpdn.gov.my/index.php/ms/jualan-rahmah/jualan-rahmah-selangor

Sebelum ini, PKPS memaklumkan program JER berehat sementara waktu bermula 1 hingga 18 Januari bagi memberi laluan kepada kerja penyelenggaraan trak dan penyusunan semula stok barangan.

Pada 2023, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.