Majlis Apresiasi PeBS iktiraf pencapaian cemerlang belia, siapkan pemimpin masa depan - EXCO

10 Jan 2026, 12:53 AM
Majlis Apresiasi PeBS iktiraf pencapaian cemerlang belia, siapkan pemimpin masa depan - EXCO
Majlis Apresiasi PeBS iktiraf pencapaian cemerlang belia, siapkan pemimpin masa depan - EXCO
Majlis Apresiasi PeBS iktiraf pencapaian cemerlang belia, siapkan pemimpin masa depan - EXCO
Majlis Apresiasi PeBS iktiraf pencapaian cemerlang belia, siapkan pemimpin masa depan - EXCO

SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Apresiasi Penggerak Belia Selangor (PeBS) anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) malam tadi bertujuan mengiktiraf pencapaian cemerlang belia serta memperkukuh peranan mereka sebagai pemimpin masa depan negeri.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi menekankan bahawa PeBS memainkan peranan penting dalam melaksanakan program pembangunan belia dengan lebih 1,000 program dijalankan melibatkan 12 pihak berkuasa tempatan.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media selepas majlis Apresiasi Penggerak Belia Selangor (PeBS) di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 9 Januari 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“PeBS bukan sekadar platform pembangunan belia malah juga ruang untuk mempersiapkan mereka dengan literasi politik, protokol, pentadbiran serta pengurusan krisis.

"PeBS akan terus digerakkan selaras dengan peruntukan Belanjawan Selangor 2026 termasuk program kepimpinan yang memberi nilai tambah kepada belia Selangor,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Mohd Najwan menambah, pasukan PeBS memberi sumbangan signifikan dalam pembangunan komuniti belia melalui komitmen tinggi mereka menjayakan agenda pembangunan belia negeri dengan melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi.

Dalam pada itu, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian tujuh anugerah penghargaan Penggerak Belia Selangor Sesi 2024/2025 antaranya, Anugerah PeBS Harapan, Anugerah Dato’ Menteri Besar Selangor serta Anugerah Khas Juri PeBs bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang individu.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan Selangor 2026 mengekalkan peruntukan RM10,000 kepada PeBS bagi memastikan kelangsungan pembangunan kepimpinan di peringkat akar umbi.

Selain itu, Institut Pembangunan Kepimpinan Generasi Muda KITASelangor turut ditubuhkan tahun ini bagi memantapkan usaha pembangunan kapasiti dan kepimpinan generasi muda.

PeBS dijenamakan dan disusun semula pada 2021 daripada Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang mula diperkenalkan sejak 2009.

Pemimpin belia setempat itu memainkan peranan kepada agenda pembangunan generasi muda di setiap Dewan Negeri Selangor.