Aroma halal, warna budaya Muslim

8 Jan 2026, 11:00 AM
Aroma halal, warna budaya Muslim

Aroma masakan halal dan kepelbagaian budaya pelancongan memenuhi ruang Pesta Makanan, Budaya dan Pelancongan Muslim Malaysia di pusat beli-belah 1 Utama.

Sajian berasaskan mi, rempah tradisional dan resipi warisan dari wilayah China seperti Xi’an, Lanzhou dan Yunnan memberi pengalaman berbeza, juga antara tarikan utama pengunjung.

Berlangsung dari 31 Disember 2025 hingga 5 Januari 2026, pesta ini menjadi platform memperkenalkan potensi industri halal dan pelancongan Muslim kepada masyarakat umum.

Lensa jurugambar Adibah Izam merakam detik kemeriahan sepanjang penganjuran pesta ini.

Pengunjung mencuba makanan dari reruai Abaozai Braised Chicken ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026.

Menu kambing bakar dari reruai Wa Xiaohuo Barbecue ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026

Pengunjung, Nur Atiqah Enaynie Noorazhar,36 membeli mala stik ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026.

Sofea dari reruai Abozai Braised Chicken menunjukkan menu ayam panggang ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026

Pengunjung cilik, Muhammad Musa Mohd Roslan, 8 menunjukkan menu mala stik yang dibeli beliau ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026.

Pengunjung memenuhi reruai Juicy explosion rice noodle ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026.

Lim Qian Yu menunjukkan biskut yang dijual di reruai nya ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 31 Disember 2025

Wu Dan membuat demostrasi mee tarik di reruai Highland lady beef noodle ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026.

Nor Hamilah Othman 52 bersama anak Puteri Anisa Atikah Faizul, 10 dari kedah mencuba menu mee tarik dari reruai highland lady beef noodle ketika Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026

Suasana sekitar Festival Makanan Budaya & Pelancongan Muslim Antarabangsa Malaysia di One Utama Damansara pada 5 Januari 2026