24 ahli majlis MPAJ penggal 2026-2027 angkat sumpah jawatan

2 Jan 2026, 8:44 AM
24 ahli majlis MPAJ penggal 2026-2027 angkat sumpah jawatan
24 ahli majlis MPAJ penggal 2026-2027 angkat sumpah jawatan
24 ahli majlis MPAJ penggal 2026-2027 angkat sumpah jawatan
24 ahli majlis MPAJ penggal 2026-2027 angkat sumpah jawatan

AMPANG JAYA, 2 JAN: Seramai 24 ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) penggal 2026-2027 termasuk lapan muka baharu mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Timbalan Yang Dipertuanya Hasrolnizam Shaari berkata kuota jawatan itu diisi 11 dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), AMANAH (tujuh) dan DAP (enam) yang terdiri daripada 16 ahli dilantik semula.

“Tempoh lantikan bermula 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027, selepas majlis angkat sumpah ini kita akan terus mengadakan mesyuarat khas bersama semua ahli majlis baharu yang dilantik untuk menetapkan tugasan mereka meliputi kawasan atau zon masing-masing.

“Daripada 24 ahli, ia melibatkan 17 lelaki dan tujuh perempuan sekali gus memenuhi kuota 30 peratus sasaran perwakilan yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, semua ahli yang dilantik melafaz angkat sumpah jawatan depan Hasrolnizam selaku Timbalan Yang Dipertua MPAJ yang kemudian menadatangani borang pengakuan menerima jawatan.

Ditemui selepas majlis angkat sumpah, Hasrolnizam memberitahu ahli majlis bukan sahaja berperanan sebagai pembuat dasar di peringkat pihak berkuasa tempatan tetapi pemudah cara masalah rakyat di kawasan masing-masing.

“Saya berharap ahli majlis mengamalkan tadbir urus berintegriti, santuni aduan komuniti penuh empati, sokong agenda pembangunan mampan Kerajaan Negeri dan persekutuan.

“Selain itu, mereka juga merupakan ejen perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk,” ujarnya.