SHAH ALAM, 27 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor yang dijangka berlanjutan sehingga Isnin ini.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor membabitkan daerah Mersing.
Selain itu, amaran hujan lebat tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan lain melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang dan Kota Tinggi).
Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan terkini cuaca daripada MetMalaysia.


