ad
AGENDA

Luruan monsun: Hujan lebat berterusan diramal hingga hujung November

19 Nov 2024, 8:00 AM
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan diramal hingga hujung November
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan diramal hingga hujung November

PUTRAJAYA, 19 NOV: Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan hingga hujung November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada 27 November hingga 1 Disember.

Datuk Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan berkenaan berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh itu.

"MET Malaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengemas kini amaran hujan berterusan sekiranya keadaan cuaca dijangka bertambah buruk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MET Malaysia menerusi medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.