Klang, Petaling antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 9 malam

21 Dis 2025, 10:18 AM

SHAH ALAM, 21 DIS: Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang diramal berlaku hujan lebat serta ribut petir hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihat sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.