Pegawai polis didakwa cabul isteri tahanan kes dadah

18 Dis 2025, 4:10 AM
Pegawai polis didakwa cabul isteri tahanan kes dadah

SHAH ALAM, 18 DIS: Seorang pegawai polis disiasat dipercayai mencabul seorang wanita di dalam sebuah kereta di Pasir Mas, Kelantan minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pegawai polis terbabit berusia dalam lingkungan 30-an, manakala mangsa berusia 20-an, lapor BH Online.

Menurut beliau, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 malam pada Rabu lalu, apabila mangsa menghubungi pegawai polis narkotik berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai status suaminya yang ditahan berkaitan kes dadah.

“Pegawai polis itu kemudiannya mengajak wanita berkenaan untuk bertemu di sekitar bandar Pasir Mas sebelum disyaki melakukan perbuatan cabul di dalam sebuah kereta,” katanya ketika ditemui.

Tambah beliau, mangsa merupakan isteri kepada seorang tahanan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.