Cabul kanak-kanak perempuan 13 tahun, lelaki warga asing ditahan

22 Sep 2026, 12:45 AM
Cabul kanak-kanak perempuan 13 tahun, lelaki warga asing ditahan

SHAH ALAM, 22 SEPT: Polis menahan lelaki warga asing selepas kira-kira lima jam laporan kes kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun disyaki dicabul di rumah kedai di Kalabakan, Tawau, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan jam 9.45 pagi oleh sepasukan anggota Balai Polis Kalabakan, lapor Berita Harian.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, mangsa yang berada di rumah kedai mendakwa didatangi seorang lelaki yang kemudian cuba mendekatinya.

Katanya, mangsa menjerit meminta pertolongan dan melawan sebelum lelaki terbabit didakwa menendangnya dan melarikan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)," katanya.

“Ibu bapa dan masyarakat dinasihat sentiasa mengambil berat keselamatan kanak-kanak serta segera menyalurkan maklumat kepada polis jika mengesyaki perlakuan yang boleh mengancam keselamatan,” katanya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.