Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa negeri termasuk Selangor hingga esok

17 Dis 2025, 7:13 AM
Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa negeri termasuk Selangor hingga esok
Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa negeri termasuk Selangor hingga esok

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya, buruk dan waspada di beberapa negeri, berkuat kuasa bermula hari ini hingga esok.

Amaran itu dikeluarkan susulan jangkaan hujan lebat berpanjangan yang berisiko menyebabkan banjir serta gangguan kepada penduduk setempat.

Berikut perincian amaran hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia:

Tahap Bahaya (hujan berterusan berisiko tinggi):

  • Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin)

Tahap Buruk (berpotensi banjir dan gangguan):

  • Pahang (Jerantut, Maran, Bera)

  • Terengganu (Dungun, Kemaman)

  • Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi)

Tahap Waspada (hujan berterusan):

  • Kelantan

  • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang)

  • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh)

  • Selangor

  • Kuala Lumpur

  • Putrajaya

  • Negeri Sembilan

  • Melaka

  • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Johor Bahru)

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi agensi itu atau menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.