AGENDA

Amaran hujan berterusan di Johor, Pahang dan Sarawak sehingga esok

31 Jan 2023, 1:19 AM
Amaran hujan berterusan di Johor, Pahang dan Sarawak sehingga esok

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok (1 Februari).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 6.45 pagi ini turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku sehingga esok di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu).

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.