ad
AGENDA

Beberapa lokasi di Lembah Klang alami gangguan bekalan elektrik

27 Jul 2022, 5:37 AM
Beberapa lokasi di Lembah Klang alami gangguan bekalan elektrik

SHAH ALAM, 27 JULAI: Beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk di sini mengalami gangguan bekalan elektrik hari ini.

Lokasi berkenaan antaranya Cheras, Subang, Ampang, Kepong, Hartamas dan Bukit Damansara, lapor Malaysiakini berdasarkan aduan pengguna.

Masalah sama turut dialami di Kota Bharu, Kelantan; dan Kuantan, Pahang berdasarkan rungutan pengguna media sosial.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan dan usaha giat dibuat mengenal pasti punca serta memulihkan bekalan.

"Kami memohon maaf atas kesulitan dialami oleh pengguna ketika gangguan bekalan," kata kenyataan menerusi Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.