Sukan SEA: Skuad karate sumbang dua emas

12 Dis 2025, 7:59 AM
Sukan SEA: Skuad karate sumbang dua emas

SHAH ALAM, 12 DIS: Malaysia menambah bilangan pingat emas menerusi sukan karate yang berlangsung hari ini.

Thevendran Kaliana Sundram yang beraksi dalam acara kumite lelaki bawah 55 kilogram, bertemu wakil Vietnam, Chu Van Duc, mempamerkan serangan demi serangan dalam usaha mengutip mata, lapor Stadium Astro.

Thevendran berjaya menamatkan saingan dengan keputusan 4-0 memihaknya sekaligus menambah koleksi pingat emas kontinjen Malaysia.

Dalam acara kumite wanita bawah 50kg, C. Shahmalarani turut memastikan pingat emas buat kontinjen negara apabila menewaskan lawan dari Myanmar, Florence Nay Chi Htun.

Secara keseluruhan, Malaysia telah meraih enam pingat emas.