Pihak berkuasa gempur kawasan Selayang Baru, 843 PATI ditahan

7 Dis 2025, 12:38 AM
Pihak berkuasa gempur kawasan Selayang Baru, 843 PATI ditahan
Pihak berkuasa gempur kawasan Selayang Baru, 843 PATI ditahan
Pihak berkuasa gempur kawasan Selayang Baru, 843 PATI ditahan
Pihak berkuasa gempur kawasan Selayang Baru, 843 PATI ditahan
Pihak berkuasa gempur kawasan Selayang Baru, 843 PATI ditahan

GOMBAK, 7 DIS: Seramai 1,116 individu diperiksa dengan 843 daripadanya pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam serbuan bersepadu di Selayang Baru, semalam.

Operasi besar-besaran bermula jam 8 malam tadi diselaraskan Jawatankuasa Keselamatan Negeri (MKN) Selangor dan diketuai oleh Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi MKN Negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata operasi berskala besar itu melibatkan 358 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PRDM), Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Daripada 1,116 individu yang diperiksa, 273 dibebaskan selepas siasatan lanjut. Operasi ini juga membawa kepada tangkapan dua warga tempatan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Seramai 843 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan dijalankan di Selayang Baru pada 06 Disember 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Operasi bersepadu ini bukan sahaja menumpukan kepada pembanterasan PATI malah turut mengesan pelbagai kesalahan lain termasuk aktiviti pekerja warga asing di kawasan pasar yang sering menjadi tumpuan,” katanya pada sidang media selepas operasi tamat.

Amirudin berkata Selayang Baru dikenal pasti sebagai titik panas (hotspot) berikutan banyak aduan awam berhubung lambakan warga asing serta aktiviti yang mencetuskan kebimbangan penduduk setempat.

Beliau menjelaskan, walaupun pihak berkuasa tempatan menerima pelbagai aduan, tindakan penguatkuasaan membabitkan tangkapan mempunyai had kuasa tertentu dan memerlukan kerjasama agensi berkaitan.

Pada masa sama, Amirudin menegaskan Kerajaan Negeri komited mengawal kehadiran warga asing dan memastikan status mereka di Selangor mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Datuk Lokman Effendi Ramli.