Gombak, Sungai Tua terima RM20,000 Program Ceria ke Sekolah TNB

5 Dis 2025, 3:43 AM
Gombak, Sungai Tua terima RM20,000 Program Ceria ke Sekolah TNB

SHAH ALAM, 5 DIS: Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua menerima sumbangan RM20,000 menerusi Program Ceria ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif program tanggungjawab sosial korporat agensi tersebut.

“Saya ucapkan terima kasih kepada TNB atas sumbangan ini, RM10,000 untuk Sungai Tua dan RM10,000 lagi untuk Parlimen Gombak. Insya-Allah, keseluruhan kira-kira 20,000 akan menerima manfaat dalam bentuk baucar bernilai RM100.

“Ini usaha berterusan TNB dalam memupuk hubungan baik dengan masyarakat yang juga pelanggan mereka, bukan sekadar mengejar keuntungan,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ceria ke Sekolah TNB di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Amirudin berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak ke sekolah kelak.

“Kita akan salurkan menjelang pembukaan sekolah nanti, diharap ia sedikit sebanyak membantu dan meringankan beban,” katanya.