TNB raih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026-2027, Anwar ucap tahniah

5 Nov 2026, 12:30 AM
TNB raih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026-2027, Anwar ucap tahniah

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.

Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata sepanjang 77 tahun penubuhannya, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi serta memacu pembangunan negara.

“Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Anwar turut berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada TNB untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga serta memperluas penggunaan tenaga boleh baharu demi memastikan masa depan Malaysia yang mampan.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.