90 peratus hasil cukai pintu PBT Selangor diguna urus sisa pepejal

3 Dis 2025, 12:08 PM
90 peratus hasil cukai pintu PBT Selangor diguna urus sisa pepejal
90 peratus hasil cukai pintu PBT Selangor diguna urus sisa pepejal
90 peratus hasil cukai pintu PBT Selangor diguna urus sisa pepejal
90 peratus hasil cukai pintu PBT Selangor diguna urus sisa pepejal
90 peratus hasil cukai pintu PBT Selangor diguna urus sisa pepejal

SHAH ALAM, 3 DIS: Hampir 90 peratus hasil cukai pintu pihak berkuasa tempatan (PBT) dibelanja untuk pengurusan sisa pepejal, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan kos itu berikutan Selangor menguruskan 7,000 tan sampah setiap hari termasuk kutipan dan pelupusan sisa tersebut.

“Rata-rata PBT di negeri ini membelanjakan 90 peratus daripada hasil mereka untuk pengurusan sisa pepejal. Selangor mencatatkan jumlah sisa pepejal tertinggi 7,000 tan satu hari.

“Semua pelupusan sampah ini dihantar ke beberapa pusat termasuk di Jeram dan Bukit Tagar manakala bagi cukai perniagaan dan lain-lain itu berikan sedikit hasil pada negeri seperti sewaan papan iklan gergasi dan iklan,” katanya.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis Peluncuran Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Negeri Selangor 2025 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 November 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Bercakap pada program podcast Financial Faiz, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri sedang melaksana projek loji sisa kepada tenaga (WTE) di Jeram dan Tanjung 12 di Kuala Langat.

“Sekiranya siap sekitar 2027 dan 2028, ia dapat menampung kapasiti sisa pepejal kerana jika sekarang 7,000 mungkin menjadi sehingga 7,500 tan dalam tempoh tiga ke empat tahun lagi.

“Bagaimanapun, kesedaran kitar semula dalam masyarakat perlu dipertingkatkan sebab ia dapat kurangkan sisa pepejal…secara jujurnya masih panjang lagi untuk capai tahap itu,” katanya.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan teknologi WTE diberi tumpuan pada masa depan berikutan impaknya kepada ekonomi negeri.

Beliau berkata, perkara itu sudah dititikberatkan sejak 2018 malah aspek penerokaan dan kebolehlaksanaan industri turut dibincang bersama wakil PBT.