TANAH MERAH, 1 DIS: Seorang wanita maut dipercayai ditikam suami dalam kejadian di sebuah rumah di Gual Ipoh, di sini tengah hari tadi.
Mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah dalam insiden berlaku jam 1 tengah hari.
Menurut sumber, lelaki berusia 63 tahun yang juga suami mangsa ditahan polis tidak lama selepas kejadian, lapor Berita Harian.
Mangsa dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam sebelum rebah dan tidak sedarkan diri. Mayatnya dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk proses bedah siasat.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar.


