Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah dijangka sebentar lagi

29 Nov 2025, 5:07 PM
Angkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah dijangka sebentar lagi

KOTA KINABALU, 30 NOV: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, meninggalkan kediaman Sri Gaya menuju Istana Seri Kinabalu pada jam 1.28 pagi.

Hajiji dilihat mengenakan baju Melayu hitam lengkap sejak tiba di kediamannya pada jam 11.53 malam tadi.

Hajiji dipercayai akan menghadap Yang di Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman untuk urusan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, lapor Berita Harian.

Satu sidang media dijangka diadakan selepas itu.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), GRS mendahului dengan memenangi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 setakat jam 1.16 pagi ini.