KOTA KINABALU, 30 NOV: Datuk Seri Hajiji Noor dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, hari ini.
Perkara itu dinyatakan sumber terdekat Hajiji kepada Astro Awani, sebentar tadi.
Setakat jam 11 malam tadi, Gabungan Rakyat Sabah (GRS), mengumumkan kemenangan di 29 DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Menerusi pemerhatian, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong serta beberapa pegawai Hajiji memasuki Istana Seri Kinabalu sebentar tadi.



