SHAH ALAM, 28 NOV: Bintang bola sepak negara, Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.
Peguam yang mewakili Faisal iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, berkata mahkamah mengesahkan terdapat dua kali lafaz cerai yang dilakukan oleh pemain bola itu.
"Mahkamah sahkan mereka jatuh talak dua selepas berlaku dua kali perceraian. Talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu, namun pada hari sama mereka rujuk dan perkara itu telah disahkan mahkamah, lapor Harian Metro.
"Kemudian berlaku lafaz talak yang kedua pada 10 November baru-baru ini, itu juga mahkamah sudah sahkan dan ketika ini Syazwani sedang menjalani tempoh idah sehingga 10 Januari depan," katanya.
Sebelum ini, pada 2 September lalu, Syazwani memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Begitupun, kedua-dua pihak dilaporkan berdamai dan menghentikan proses perceraian itu.
Pasangan itu disatukan pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan, yang menjadi pengikat kasih dalam perkahwinan mereka.
Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.


