ad

Stesen Pintu Air Ijok catat paras bahaya pagi ini

27 Nov 2025, 1:42 AM
Stesen Pintu Air Ijok catat paras bahaya pagi ini
Stesen Pintu Air Ijok catat paras bahaya pagi ini

SHAH ALAM, 27 NOV: Stesen Pintu Air Ijok di Kuala Selangor mencatatkan aras air tahap bahaya setakat jam 9.15 pagi tadi.

Laman Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor memaklumkan aras air direkodkan adalah 4.02 meter (m) dan boleh menyebabkan banjir.

Selain itu, tiga lagi stesen di Kuala Selangor mencatatkan aras air paras waspada melibatkan stesen Rantau Panjang (5.76 m), Kampung Asahan (3.35 m) dan Parit Mahang (3.5 m).

Manakala di Hulu Selangor stesen Jambatan S.K.C mencatatkan aras air paras waspada iaitu 18.66 m.

Dalam pada itu, laman info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, di Selangor sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menempatkan 643 keluarga terjejas banjir.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Ser Amirudin Shari sebelum ini mengumumkan 750 keluarga yang terjejas akibat banjir di seluruh Selangor akan menerima bantuan awal RM500 setiap keluarga bermula minggu ini.