ad

Aktiviti fotografi di Hutan Simpan Kota Damansara dibenarkan, patuhi peraturan

24 Nov 2025, 1:17 PM
Aktiviti fotografi di Hutan Simpan Kota Damansara dibenarkan, patuhi peraturan
Aktiviti fotografi di Hutan Simpan Kota Damansara dibenarkan, patuhi peraturan
Aktiviti fotografi di Hutan Simpan Kota Damansara dibenarkan, patuhi peraturan

SHAH ALAM, 24 NOV: Aktiviti fotografi termasuk merakam spesies burung di Hutan Simpan Kota Damansara dibenarkan, namun pengunjung perlu mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS).

EXCO alam sekitar berkata kawasan tersebut pada asasnya dibuka untuk aktiviti mendaki dengan bayaran masuk RM2, namun sejak kebelakangan ini ia turut menjadi tumpuan pengunjung yang ingin melakukan aktiviti fotografi.

“JPNS tidak menghalang mana-mana individu merakam gambar di Hutan Simpan Kota Damansara, asalkan mematuhi Kaedah-Kaedah Hutan Negeri Selangor.

“Jika gambar diambil untuk simpanan peribadi, tiada bayaran tambahan dikenakan,” kata Jamaliah Jamaluddin ketika menggulung perbahasan Belanjawan Selangor 2026 di Dewan Negeri Selangor.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Muhammad Izuan Kasim berhubung dakwaan individu dihalang renjer hutan atau dikenakan caj tinggi ketika menjalankan aktiviti berkenaan.

Bagaimanapun, Jamaliah menegaskan aktiviti fotografi bagi tujuan komersial perlu mendapatkan kebenaran JPNS serta membayar kadar fi ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Untuk fotografi komersial, caj ialah RM100 sehari manakala aktiviti penggambaran dikenakan RM500 sehari.

“Kadar ini adalah prosedur standard bagi memastikan aktiviti komersial berjalan teratur serta tidak mengganggu kelestarian ekosistem hutan,” jelasnya.