ad

Isu gangguan Cloudflare selesai, akses laman web kembali normal

19 Nov 2025, 12:38 AM
Isu gangguan Cloudflare selesai, akses laman web kembali normal

SHAH ALAM, 19 NOV: Gangguan perkhidmatan Cloudflare, syarikat infrastruktur dan keselamatan internet global berjaya diselesaikan sepenuhnya.

Bursa Malaysia Bhd antara pengguna yang terjejas memaklumkan perkhidmatan kembali normal dan kini boleh diakses seperti biasa.

“Isu gangguan Cloudflare telah diselesaikan. Perkhidmatan pulih sepenuhnya dan kami kembali beroperasi seperti biasa.

“Kami menghargai kesabaran orang ramai sepanjang tempoh gangguan ini," katanya dalam kenyataan ringkas, lewat malam tadi.

Terdahulu, beberapa laman sesawang tempatan termasuk portal berita tidak dapat diakses susulan masalah kemerosotan perkhidmatan dalaman Cloudflare.

Dalam kemas kini terbaharu, Cloudflare memaklumkan pihaknya telah melaksanakan perubahan teknikal yang memulihkan perkhidmatan Access dan WARP ke tahap operasi asal.

Cloudfare merupakan penyedia infrastruktur dan keselamatan internet yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.