MetMalaysia: Amaran ribut petir di banyak negeri hingga 2 pagi

18 Nov 2025, 3:12 PM
MetMalaysia: Amaran ribut petir di banyak negeri hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 18 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri sehingga jam 2 pagi ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan amaran membabitkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Turut terlibat beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor selain seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Di Sabah, amaran merangkumi kawasan Pedalaman serta Labuan.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda permulaan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.