ad

Negeri sasar RM45 juta dividen anak syarikat, agensi tahun depan

14 Nov 2025, 1:05 PM
Negeri sasar RM45 juta dividen anak syarikat, agensi tahun depan
Negeri sasar RM45 juta dividen anak syarikat, agensi tahun depan

SHAH ALAM, 14 NOV: Kerajaan Negeri menyasarkan RM45 juta perolehan menerusi dividen anak syarikat serta agensi Kerajaan Negeri tahun depan agar prestasi syarikat terus dioptimumkan serta menjana hasil jangka masa panjang.

Dato’ Menteri Besar berkata setakat ini beberapa anak syarikat antaranya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Worldwide Holdings dan Air Selangor.

“Syarikat ini telah menunjukkan prestasi pembayaran dividen melebihi 75 peratus. Kelonggaran pembayaran akan tamat setelah tempoh sewajarnya diberikan kepada anak-anak syarikat.

“Pihak Perbendaharaan Negeri akan mengetatkan kriteria komitmen bayaran dividen bermula tahun 2026,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan Selangor 2026 hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Negeri menetapkan bayaran dividen anak syarikat disalurkan ke Tabung Amanah Sumbangan Anak Syarikat atau Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri (TASASBA).

“Semenjak 2022, RM85.46 juta telah digunakan bagi pelbagai tujuan penting seperti pengurusan bencana dan kebajikan rakyat,” katanya.