ad

MBDK keluarkan kompaun terhadap dua premis industri Klang

16 Nov 2025, 1:22 AM
MBDK keluarkan kompaun terhadap dua premis industri Klang
MBDK keluarkan kompaun terhadap dua premis industri Klang
MBDK keluarkan kompaun terhadap dua premis industri Klang

SHAH ALAM, 16 NOV: Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengeluarkan kompaun terhadap dua premis industri di Sungai Kapar Indah dan Klang Sentral Industrial Park kerana melanggar peraturan alam sekitar.

Menurut MBDK, pemeriksaan mendapati premis terbabit menghalang laluan, mengeluarkan asap dan menimbulkan bau tidak menyenangkan, walaupun mempunyai lesen perniagaan sah.

"Dua kompaun dikenakan atas kesalahan menimbulkan halangan di hadapan premis serta melepaskan asap yang telah menimbulkan kacau ganggu bau di sekitar kawasan itu (Klang Sentral Industrial)

"Manakala premis di Sungai Kapar Indah dikenakan kompaun yang sama iaitu UUK 32,Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred,Perniagaan Dan Perindustrian (MPK) 2007," katanya menerusi Facebook.