ad

Ops Pengarah: JPJ Selangor periksa 10,211 kenderaan, 1,089 notis dikeluarkan

13 Nov 2025, 6:23 AM
Ops Pengarah: JPJ Selangor periksa 10,211 kenderaan,  1,089 notis dikeluarkan
Ops Pengarah: JPJ Selangor periksa 10,211 kenderaan,  1,089 notis dikeluarkan
Ops Pengarah: JPJ Selangor periksa 10,211 kenderaan,  1,089 notis dikeluarkan

SHAH ALAM, 13 NOV: Sebanyak 10,211 kenderaan diperiksa dalam Ops Pengarah yang dijalankan serentak dekat beberapa lokasi sekitar Selangor antara jam 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Agensi itu menerusi Facebook berkata sebanyak 1,089 notis dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 serta peraturan-peraturan berkaitan dalam operasi yang diketuai oleh Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan.

"Operasi menysarkan pemeriksaan menyeluruh kepada semua jenis kenderaan terutama dalam aspek teknikal kenderaan supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh, tiada lesen GDL, LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insuran serta pelbagai kesalahan teknikal lain." katanya.

Sehubungan itu, JPJ mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang ditetapkan serta memastikan tidak membuat pengubahsuaian kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

"Advokasi dan penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin," katanya.

Orang awam yang ingin menyalurkan aduan trafik boleh berbuat demikian melalui e-mel aduantrafik@jpj.gov.my atau aplikasi e-aduan@JPJ dengan menyertakan maklumat pengadu serta butiran aduan bagi tindakan lanjut.