ad

MPSepang keluarkan lapan notis, sita sembilan premis di Southville City

13 Nov 2025, 5:45 AM

SHAH ALAM, 13 NOV: Sebanyak lapan notis kesalahan dikeluarkan dan sembilan tindakan sitaan dikenakan terhadap premis yang melanggar peraturan dalam operasi penguatkuasaan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) di Southville City baru-baru ini.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan operasi oleh Unit Task Force Zon Tengah itu menumpukan kepada premis tanpa lesen, lesen tamat tempoh serta halangan kaki lima yang mengganggu pengguna awam.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak lapan notis kesalahan telah dikeluarkan dan sembilan tindakan sitaan (Inventori) dikenakan terhadap premis yang melanggar peraturan," katanya.

Tindakan diambil mengikut Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta Peruntukan 3 Undang-Undang Kecil (UUK) Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007.

Dalam pada itu, MPSepang menasihatkan semua peniaga agar mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memastikan lesen dan permit perniagaan diperbaharui sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan.