ad

MetMalaysia: Monsun Timur Laut bermula Khamis ini hingga Mac depan

10 Nov 2025, 7:57 AM

SHAH ALAM, 10 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut (MTL) bermula Khamis ini dan berterusan hingga Mac tahun depan, dengan antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan diramal berlaku sepanjang tempoh tersebut.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan itu berpotensi menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai sekiranya hujan lebat berlaku selama beberapa hari berturut-turut.

“Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang turut berisiko menyebabkan laut bergelora serta peningkatan paras air laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan membuat persediaan menghadapi kemungkinan hujan lebat, khususnya bagi penduduk di kawasan berisiko banjir.

Orang ramai digalakkan memantau maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan dari semasa ke semasa melalui:

  • www.met.gov.my

  • aplikasi myCuaca

  • saluran media sosial MetMalaysia

  • talian hotline 1-300-22-1638