SHAH ALAM, 10 NOV: Tempoh reman penyanyi dan pengarah kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, dilanjutkan selama tiga hari bermula esok hingga 13 November bagi membantu siasatan kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata lanjutan reman itu dibenarkan oleh mahkamah bagi melengkapkan siasatan berhubung kejadian yang berlaku di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu, lapor Kosmo!
“Permohonan lanjutan reman terhadap Namewee telah dibenarkan selama tiga hari mulai 11 hingga 13 November 2025,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Siasatan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk mengenal pasti individu terakhir yang dilaporkan bersama mangsa sebelum wanita berkenaan ditemui maut.
Difahamkan, Namewee merupakan individu terakhir bersama pempengaruh tersebut sebelum kematiannya.




