SHAH ALAM, 9 NOV: Lebih 200 asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menerima bantuan perubatan dan dialisis menyertai program kesihatan sebagai langkah mendidik mereka menjalani kehidupan sihat.
Agensi memaklumkan program perkhidmatan diatetik komuniti 2025 dianjur bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor itu merupakan strategi pihaknya dalam aspek pendekatan pencegahan dan pendidikan kesihatan.
“Komitennya jelas untuk pastikan asnaf bukan hanya dibantu dari segi kewangan, tetapi turut dibimbing menjalani kehidupan lebih sihat dan produktif.
“Pendekatan berasaskan klinikal dalam kelulusan bantuan perubatan dan makanan khas ini memastikan setiap asnaf menerima sokongan nutrisi paling sesuai,” katanya di Facebook.
Berlangsung di Masjid As-Salam, Puchong Perdana semalam peserta didedahkan ilmu pemakanan sihat yang mampu mencegah penyakit seperti diabetes, hipertensi dan obesiti.
Selain itu, kerjasama strategik itu turut menganjurkan demontrasi masakan makanan sihat selain sesi nasihat daripada pegawai dietetik untuk penilaian nutrisi.






