SHAH ALAM, 2 NOV: Seorang wanita diserang dan dicabul dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2 semalam.
Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai kontraktor berusia 33 tahun menuju ke keretanya sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan melakukan perbuatan terbabit.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohd Lazim Ismail berkata pihak polis mengesahkan menerima laporan pada jam 8.09 pagi semalam berhubung kes mencabul itu, katanya menerusi kenyataan.
Beliau berkata, kejadian berlaku di tempat letak kenderaan sebuah kelab malam di Jalan Metro Pudu 2.
"Suspek dipercayai berusia dalam lingkungan umur 27 hingga 28 tahun.
"Setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.




