ad

Kebakaran hutan di Jalan Pulau Angsa berjaya dikawal

29 Okt 2025, 12:42 PM
Kebakaran hutan di Jalan Pulau Angsa berjaya dikawal

SHAH ALAM, 29 OKT: Kawasan hutan seluas enam ekar di Jalan Pulau Angsa U10/2, Taman Perdana Height dilaporkan terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi pada jam 4.27 petang.

Katanya, api berjaya dikawal pada jam 6.05 petang tadi.

Kawasan hutan seluas enam ekar di Jalan Pulau Angsa U10/2, Taman Perdana Height dilaporkan terbakar petang tadi.

“Setakat ini, 80 peratus api dipadamkan dan bomba sedang giat melakukan kerja pemadaman yang berbaki sekitar 20 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong mengetuai operasi pemadaman dan dibantu BBP Kapar dan BBP Sungai Buloh, melibatkan empat jentera termasuk satu water tanker.