Tiada kes bunuh pelajar di pekan lama Kuala Selangor

25 Okt 2025, 3:11 PM
Tiada kes bunuh pelajar di pekan lama Kuala Selangor

SHAH ALAM, 25 OKT: Polis menafikan berlaku kejadian pembunuhan melibatkan seorang pelajar di sekitar pekan lama Kuala Selangor, dekat sini seperti ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Azharudin Tajuddin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

"Tiada pelajar sekolah dibunuh di tempat itu dan tiada kes bunuh kanak-kanak sama ada di tempat itu atau tempat lain (sekitar Kuala Selangor),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu tular sekeping gambar di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikatakan pelajar dalam keadaan terbaring di hadapan sebuah kedai menjual cermin mata yang didakwa berlaku di kawasan pekan lama Kuala Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.