ad

Bayaran balik pembiayaan usahawan Hijrah Selangor kini lebih mudah

24 Okt 2025, 2:59 AM
Bayaran balik pembiayaan usahawan Hijrah Selangor kini lebih mudah
Bayaran balik pembiayaan usahawan Hijrah Selangor kini lebih mudah

SHAH ALAM, 24 OKT: Usahawan Hijrah Selangor kini boleh membuat bayaran balik pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel melalui kemudahan Virtual Account AmBank.

Kemudahan itu membolehkan peserta membuat pembayaran melalui tiga saluran utama mengikut keselesaan masing-masing iaitu :

  • Kaunter AmBank

  • Mesin deposit tunai (CDM) AmBank

  • Pemindahan dalam talian (FPX/IBG)

Melaui sistem berikut, pembayaran boleh dilakukan dengan hanya empat langkah mudah sama ada di kaunter atau secara dalam talian.

Langkah pembayaran melalui kaunter/CDM AmBank:

  • Pilih ‘Deposit ke Akaun Semasa/Simpanan’

  • Masukkan nombor Virtual Account

  • Pastikan nama peserta tertera di skrin

  • Masukkan amaun dan selesaikan transaksi. Peserta disaran memaklumkan pembayaran kepada pegawai Hijrah selepas selesai urusan.

Langkah pembayaran melalui mesin juruwang automatik (ATM)/dalam talian bank lain:

  • Pilih ‘Pemindahan Secara Instant’.

  • Masukkan nombor Virtual Account.

  • Pilih akaun semasa/simpanan (CASA) dan bank AmBank, kemudian masukkan amaun pindahan.

  • Pastikan nama peserta tertera sebelum mengesahkan pembayaran.

Hijrah Selangor dalam kenyataan memaklumkan, langkah itu diperkenalkan bagi memudahkan urusan pembayaran balik peserta selain menjamin transaksi yang lebih cepat dan selamat.

Untuk maklumat lanjut, peserta boleh melayari laman rasmi www.hijrahselangor.com atau menghubungi pegawai Hijrah masing-masing.