Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang

23 Okt 2025, 1:04 AM
Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang

ALOR SETAR, 23 OKT: Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang, Langkawi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerima maklumat mengenai kejadian dua lelaki tempatan lemas di kawasan pantai itu pada 6.05 petang.

“Mangsa berusia 38 dan 46 tahun berasal dari Selangor datang ke Langkawi bersama keluarga untuk bercuti.

"Kedua-dua mangsa yang lemas diselamatkan oleh orang ramai menggunakan ski jet dan dibawa ke tepi pantai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, namun pemeriksaan di wad kecemasan mendapati kedua-duanya sudah meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.