SHAH ALAM, 22 OKT: Orang ramai berpeluang mengikuti forum Reformasi Pendidikan dan Cabaran Masa Kini: Punya Arah Atau Hilang Arah? secara eksklusif di www.mediaselangor.com hari ini.
Program yang berlangsung di Auditorium Pustaka Raja Tun Uda dari jam 2.30 hingga 5.30 petang itu akan dirasmikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari yang juga EXCO Pendidikan dan Modal Insan.
Forum menampilkan barisan panel merangkumi Ahli Dewan Negeri Batu Tiga, Danial Al-Rashid; Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang; mantan Presiden Majlis Belia Malaysia, Senator Dr Jufitri Joha; serta Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Acara turut menampilkan Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Pengerusi Sekretariat Pembangunan Mahasiswa Selangor sebagai moderator.
Siaran langsung forum ini boleh ditonton di semua platform rasmi Media Selangor termasuk Facebook, YouTube, X (Twitter) dan TikTok.