ad

Gabungan keindahan tumbuhan, cerita rakyat jadi medium didik generasi muda

20 Okt 2025, 1:20 PM

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Gabungan keindahan tumbuhan dan cerita rakyat menjadi medium dalam pendidikan untuk generasi muda.

Penolong Pengarah Kanan (Landskap) Jabatan Pembangunan Landskap & Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkata pendekatan itu boleh menjadi tarikan dalam Pameran Mistikal Titiwangsa dianjurkan sempena Festival Taman Kuala Lumpur 2025.

“Idea ini tercetus apabila kita hendak buat kelainan dan penambahbaikan berbanding 2023 tetapi pada masa sama masih mengekalkan konsep pendidikan.

“Oleh itu, tahun ini kita gabungkan pelbagai cerita rakyat seperti Si Tanggang, Puteri Hang Li Po, Batu Belah Batu Bertangkup, Ulek Mayang dan Puteri Gunung Ledang dengan elemen tumbuhan unik.

“Dengan gabungan ini, selain berkongsi tumbuhan unik kanak-kanak juga berpeluang mengetahui secara terperinci kisah rakyat yang boleh dijadikan pengajaran dalam kehidupan,” kata Khairul Amin Mirsa Hussain ketika ditemui di pameran tersebut.

Festival Taman Kuala Lumpur 2025 berlangsung sejak 17 Oktober lalu kali ini diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak Asean 2025.

Antara acara yang menjadi tarikan selain Mistikal Titiwangsa, Festival Makanan Halal ASEAN, KL Genta: Festival Gendang dan Tarian selain beberapa persembahan seni yang melambangkan kepelbagaian budaya rantau ini.

Berlangsung sehingga 26 Oktober, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif memaklumkan penganjuran kali ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat dan kelestarian bandar bahkan platform mengeratkan komuniti serantau melalui seni, budaya dan inovasi hijau.