ad

EXCO: Perayaan satukan rakyat pelbagai latar politik, agama

20 Okt 2025, 6:58 AM
EXCO: Perayaan satukan rakyat pelbagai latar politik, agama
EXCO: Perayaan satukan rakyat pelbagai latar politik, agama
EXCO: Perayaan satukan rakyat pelbagai latar politik, agama
EXCO: Perayaan satukan rakyat pelbagai latar politik, agama
EXCO: Perayaan satukan rakyat pelbagai latar politik, agama

SHAH ALAM, 20 OKT: Semangat perpaduan yang utuh perlu terus dipelihara dan diperkukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia, maklum EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan.

V Papparaidu berkata penting untuk meraikan semua perayaan tanpa mengira latar belakang kaum atau agama kerana ia mencerminkan keharmonian dan keunikan rakyat Malaysia.

“Kita memang meraikan semua perayaan dan inilah keunikan Selangor dan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk. Seperti hari ini rumah terbuka Deepavali saya jemput semua kaum termasuk blok kerajaan dan pembangkang.

“Jangan kita isukan sesuatu perkara sebaliknya kita perlu sentiasa bersatu hati. Walaupun kita berada di pentas yang berlainan, kita tetap sama iaitu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keharmonian,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Deepavali di Kompleks Perumahan EXCO, Seksyen 7 di sini hari ini.

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu bercakap kepada media ketika majlis Rumah Terbuka Deepavali di Kompleks Perumahan Exco, Seksyen 7 Shah Alam pada 20 Oktober 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Menariknya, majlis tersebut turut dihadiri kira-kira 800 tetamu dari pelbagai latar politik termasuk wakil dari blok kerajaan dan blok pembangkang, rakan-rakan dan ketua penduduk menunjukkan semangat kebersamaan merentasi perbezaan politik.

Dalam pada itu, Papparaidu menasihatkan masyarakat kurangkan aktiviti bermain mercun sepanjang sambutan Deepavali dan sebaliknya memperbanyakkan kunjungan ke rumah rakan serta jiran bagi mengeratkan hubungan sesama kaum.

“Saya nampak semalam mercun kuat, sampai malam tak boleh tidur. Jadi kalau boleh, kita kurangkan mercun dan banyakkan lawatan ke rumah rakan-rakan serta jiran,” tambah Papparaidu sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Terdahulu, majlis yang berlangsung dalam suasana meriah itu turut ditemani dendangan lagu tradisi India serta hidangan juadah tradisional pelbagai kaum, mencerminkan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara.