SHAH ALAM, 21 OKT: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian letupan mercun sehingga menyebabkan 22 orang awam cedera ketika sambutan Deepavali di tepi jalan Paya Besar, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, berkata setakat ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat selain mengesan sekiranya ada penganjur yang terbabit dalam kejadian itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958.
"Bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan kesemua mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Kulim.
"Setakat ini siasatan masih dijalankan berhubung kejadian ini," katanya dipetik Beria Harian.
Media sebelum ini melaporkan, seramai 22 orang awam cedera termasuk seorang lelaki mengalami kecederaan serius pada dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Paya Besar dekat sini, tengah malam tadi.