ad

Amaran hujan lebat lima daerah Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

19 Okt 2025, 9:07 AM
Amaran hujan lebat lima daerah Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 11 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 7 malam ini.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Perlis, Kedahm selain beberapa kawasan di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.